Thursday 22 January 2015

Padah Berani Sangat, Gadis Dirogol, Ditinggal Tepi Jalan



Seorang remaja perempuan yang berani berjumpa dengan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon mengalami detik hitam apabila dirogol ahad lalu. 



Mangsa yang baru berusia 14 tahun diselamatkan oleh lelaki yang menjumpainya ketika di tinggalkan di tepi jalan di Merchang, Marang. 



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lebih kurang jam 6.30 petang di Kampung Gong Tok Nasek, mangsa didatangi seorang lelaki yang hanya dikenali melalui telefon dan gadis itu bersetuju mengikut lelaki terbabit.

“Lelaki berkenaan membawa mangsa ke sebuah rumah dan telah menyerahkan mangsa kepada seorang lagi lelaki tidak dikenali yang sedia menunggu di rumah itu.


“Lelaki kedua itu setuju untuk menghantar mangsa pulang, namun dia hanya meninggalkan mangsa di tepi jalan dan mangsa mendakwa tidak mengetahui lokasi tersebut,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa terserempak dengan seorang lagi lelaki tidak dikenali, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Merchang, Marang dan ditinggalkan di dalam rumah tersebut bersendirian.

“Beberapa minit kemudian, datang tiga lagi lelaki tidak dikenali dan dipercayai salah seorang daripada mereka merupakan tuan rumah,” katanya.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan di dalam salah sebuah bilik di rumah itu kemudian dihampiri salah seorang daripada mereka, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

“Namun, mangsa cuba melawan, menyebabkan suspek bertindak lebih kasar dengan mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya sebelum merogol mangsa.

“Selepas dirogol, mangsa dibawa keluar dari rumah itu oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi yang agak sunyi,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila terserempak dengan seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.

“Lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya terlebih dahulu untuk diberi makan kerana keadaannya yang begitu letih dan tidak bermaya.

“Beberapa jam kemudian, barulah mangsa dihantar pulang oleh bapa saudara lelaki tersebut,” katanya.

Di rumah, selepas menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk rawatan.

Keputusan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan suspek masih diburu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Sinar Harian Online

4 comments :

  1. Terlalu mentah tak dpt berfikir dgn normal,maka sbb tu le jadi mangsa..sepatutnya dia kena beritahu pada ahli keluarganya sebelum keluar kemana mana,sebab dia masih kanak2 bawah umur lagu. ...

    ReplyDelete