Sunday, 18 January 2015

Umpama tahu saat Kematian Bakal Tiba



“Kalau aku kemalangan dan cedera parah, aku teringin sangat untuk lihat bagaimana reaksi orang yang aku sayang, di saat aku penuh berlumuran darah. Nak tahu siapa teringin lihat senyuman dan gelak ketawa aku.

“Entah di hospital atau kubur, jika meninggal dunia, berharap agar orang yang aku sayang datang menziarahi kubur aku dan sedekahkan al-Fatihah buat aku, tapi tolong jangan menangis depan jenazah aku kerana ketika itu aku sudah tidak berdaya untuk lapkan air mata.”
Status tersebut di muat naik pada aplikasi Wechat pada hari khamis baru baru ini sebelum terbabit dalam kemalangan di Kampung Nelayan.


Menurut Abang arwah, Jaslly Abu Salem, 33, berkata, dia tidak menyedari adiknya ada mengemas kini status pada aplikasi WeChat berkenaan dan hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakan adiknya pada malam kejadian (malam kelmarin).
“Saya hampir menitiskan air mata membaca status itu kerana masih berat untuk menerima pemergiannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid di sini, semalam.

Mangsa, Mohd Hafiz, yang menunggang motosikal terlanggar tiang elektrik ketika cuba mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba.
Ekoran dari kejadian itu, arwah adiknya cedera parah di kepala, badan serta kaki kanan dan dia yang dimaklumkan perkara itu terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika sampai di lokasi kejadian arwah masih bernafas, namun saya berasa amat hiba selepas melihat keadaan adik sendiri yang lemah dan tidak bermaya.
“Mungkin saya bernasib baik kerana dapat menatap wajah arwah ketika dia masih hidup sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Katanya, ibunya sempat ke lokasi kejadian, namun pengsan melihat keadaan Mohd Hafiz yang sedang nazak.
“Saya harap sangat dia (pemandu) itu datang berjumpa saya dan keluarga meminta maaf berhubung kejadian yang meragut nyawa adik saya,” katanya.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Teluk Kumbar, jam 10 malam, kelmarin. Al Fatihah. 

1 comments :

  1. Saya masih baru didalam dunia blogger ini, dan amat meminati untuk berkongsi sama dalam apa jua hal-hal blog. Setelah melihat, membaca, nota-nota dari blog tuan, sekurangnya, ada tempat untuk saya membuat rujukan dan menambah ilmu blogger, dan membuat aktiviti sihat. TERIMA KASIH.
    Mohon dilawati blog saya: http://alitvfilm.blogspot.com/
    sekiranya ada kelemahan, jangan ragu-ragu untuk memberi pandangan anda tentang blog saya.

    ReplyDelete