Friday, 23 January 2015

Gara-Gara Baju Di AJL29, Asfan Diugut Bunuh



Disebabkan kerana memakai pakaian ranggi rekaan Meg sewaktu di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini, penyanyi Asfan hebat dihentam sehari selepas acara itu berlangsung.

Motif rekaan pakaian yang mempunyai logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang dipakaikan itu disalah tafsir sehinggakan ada segelintir pihak yang menganggapnya ada kaitan dengan Illuminati.
Berkenaan dengan isu pakaian yang digayakan oleh artis tersebut, Asfan telah diugut bunuh dan bakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim.
Berhubung dengan kes ugutan tersebut, Asfan telah membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang, Khamis yang berkemungkinan akan membahayakan keselamatan dirinya.
“Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah datang.
“Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri.
“Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.
“Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial,” katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya.

34 comments :

  1. Walaupun aku tak tengok tv3suku, tapi semua orang tau tu logo apa..
    Ketidakbijaksanaan dan ketidakpekaan dia mengundang padah..

    ReplyDelete
  2. Ilmu agama kurang.. yg tau menyanyi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bkn setakat kurang agama je ni, tp dpt masuk level absolute ignorance dah

      Delete
  3. Diri sndiri mgundang padah...buat st pkara x pkir sdr tnggung..ni sume publisiti murahan la...

    ReplyDelete
  4. kuikuikuikuikui... padan muke ..sape soh JAHIL AGAMA...bodoh punya org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Zack Kiara pandai agama tak lah sampai kui kui kui, dan sebut padan muka, sepatut nasihat dengan baik kepada yang jahil.

      Delete
  5. Palui.. Padan muka kau... Kepala jk besar otak kecik nanyi jew pandai agam cetek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd Arwan kalau betul pandai agama tak lah kutut orang macam ini, nasihat lah dengan baik, baru kita pun nampak cukup agama.

      Delete
  6. Mmg patut pn. Nampak terang terang lambang mata dajjal.

    ReplyDelete
  7. Amik tau la sikit..masa banyak utk baca..klu org marah, mustahil sebab org suka2 nak marah jer..kalau lambang ini bermaksud kaitan dgn itu, pasti kita pertimbangkan lambang yg nak di pakai..kalau kita di kaitkan dgn kumpulan itu..kenapa kumpulan itu amat di benci..itu lah..ada masa melepak..baca..iqrak.

    ReplyDelete
  8. bersangka baik la kita... tu cuma lambang parti saja... wakakakkaakkahhh !

    ReplyDelete
  9. Dia sepatutnya tidak setuju dgn design itu

    ReplyDelete
  10. Astaghfirullah. Apa la hai. Dah sah sah tu lambang golongan zionis. Tiga segi, mata satu. Apa lagi kau tak faham bang? Aku bdk pun bijak sikit dari kau. Dunia dunia.

    ReplyDelete
  11. hidup ini kena sentiasa peka terhadap persekitaran dan situasi. Jika itu perkara sensitif di bawa main dengan ideologi sumbing yang tiada pengukuhannya maka rasakan kebodohan yang tidak sepatutnya berlaku. Hati hati lah bila sudah menjadi "public figure". Biarlah yang ada otak dari dungu tak bertempat kerana ingin tampak popular.

    ReplyDelete
  12. mindset orang kita dah dicemari dengan mata dan segi tiga sahaja dah boleh bunuh tanpa soal selidik 😔

    ReplyDelete
  13. Orang pk dia nie freemason tu pasal kena bash.sama je mcam p3nyanyi kumpulan dewa. Mata satu

    ReplyDelete
  14. yaallah...dunia dah nak kiamatt nii...ampunkanlah dosa2 umat2 nabi muhammad s.a.w
    lambang mata satu...dangan 3segi...reall tuu..

    ReplyDelete
  15. Tgok da tau.. Ni la yg org pnggil simbolik.. Tgok la ckit citer 'The Arrival' bru boleh pham pasal bnde2 ni... Ape pulak kaitan cinta 3 segi ngan mata.. Dlm Disney pon bnyak..

    Coretan drpd bdax yg kurang ilmu di dada tp tau la jgak ckit2 pasal ni..

    ReplyDelete
  16. Kalau nak buat pasal cinta segi. Buat laa lambang love. Ni buat lambang mata memang kena palu lahh. Aduii. Aku syak dia ni kurang cerdik lah.

    ReplyDelete
  17. Relax bru baju je pon .dekat bukit bintang punya banyak baju dekat butik2 .korng xmo pertikai ..pula....ni mamat nak pertikai gare die pakai bju ni.adoii haii fikir jau.dulu di sekililing.puny bnyk orng ni engkau tembak.jng jdi melyu bodo dok tembk artis dekt bukit bintang time square puny bnyk engkorng xnmp bakar..adoii korng ckp mcm ni pon da kire dosa da.. Come on klua dari pulau .jng duduk atas tempurong see no evil. Thing no evil hear no evil.

    ReplyDelete
  18. Relax bru baju je pon .dekat bukit bintang punya banyak baju dekat butik2 .korng xmo pertikai ..pula....ni mamat nak pertikai gare die pakai bju ni.adoii haii fikir jau.dulu di sekililing.puny bnyk orng ni engkau tembak.jng jdi melyu bodo dok tembk artis dekt bukit bintang time square puny bnyk engkorng xnmp bakar..adoii korng ckp mcm ni pon da kire dosa da.. Come on klua dari pulau .jng duduk atas tempurong see no evil. Thing no evil hear no evil.

    ReplyDelete
  19. Nak kata bodoh kompem2 korang marah kan....sbb manusia x boleh kene tegur mcm tu...ble d tegur mulelah mengamok x tentu pasal....korang mesti pk itu tanda dajjal...firaun la ape laa...matang la bro...jgn dok soh kabo blaja agama....hang tu da ckup agama sngt ke?? Kalau da fasih sngt pasal agama...mai cita...ilmu tuhan wakpa nak sorok2 kan...bangang hampa ni

    ReplyDelete
  20. mende nih dah lama bertapak kat sini sejak penjajahan british lagi.. antara sedar atau tidak je.. cuma sekarang nih je nampak secara terang terangan...
    .

    Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
    "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf,
    dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
    (Hadis Riwayat Muslim)
    .
    .
    Dari Abu Darda' r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
    "Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf,
    maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
    (Hadis Riwayat Ahmad)


    saya nih ustaz segera di pesbuk ...(sigh)
    tepuk dada tanya iman..

    nak percaya atau tidak "2 JAMINAN GARENTI" diatas ?? .. tepulang kepada tahap iman masing2

    6 -1 = 0

    ReplyDelete
  21. alaa, tu kan logo parti keramat PKR ubah sikit jee pun. hahaha.

    ReplyDelete
  22. apa nak jadi, kalau setiap pemakaian jadi masalah, habis tu mcm mn, cuba fikir positif...
    mcm2

    ReplyDelete
  23. Semua org pun boleh pakai baju tu tanpa menghayati maksudnya.org yg nak hukum bunuh dan bakar tu lagi la sesat.sbb yg suka membakar atau berasal dari api adalah iblis. Dan yg suka membunuh adalah iblis.jadi mereka adalah pengikut iblis.harap maklum

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. disalah tafsir apa lg? cbe bgtau tafsiran sebenar klu bukan tu mknanya...

    ReplyDelete