Thursday 22 January 2015

Remaja 13 Tahun Miliki Syarikat di Lembah Silikon AS




Seorang REMAJA lelaki kacukan India dan Amerika menggemparkan dunia apabila membangunkan syarikat miliknya, Braigo Labs untuk menghasilkan mesin kos rendah bagi mencetak bahan Braille. Lelaki tersebut Shubham Banerjee baru saja mencecah usia 13 tahun mengeluarkan sistem bertulis untuk golongan cacat penglihatan.



.

Ianya bermula hanya dengan membentuk pencetak Braille menggunakan kit robotik Lego untuk projek sains sekolahnya tahun lalu selepas bertanyakan soalan mudah kepada ibu bapanya: "Bagaimana orang buta membaca? dan jawab mereka: "Cuba Google."



Selepas melakukan penyelidikan secara dalam talian, dia terkejut apabila mendapat tahu mesin cetak Braille bernilai AS$2,000 dan menganggap ianya terlalu mahal untuk golongan istimewa itu terutama di negara membangun.

"Saya percaya harganya tak sepatutnya mahal dan tentu ada cara untuk menurunkan harganya," katanya yang akhirnya berjaya menghasilkan mesin cetak Braille berharga AS$350.

"Matlamat saya mungkin lebih ramai orang cacat penglihatan akan menggunakan mesin Braille saya," katanya yang menetap di Lembah Silikon berdekatan Santa Clara.

Anak kepada jurutera yang bekerja di ibu pejabat Intel, Niloy Banerjee ini bernasib baik apabila memperoleh peruntukan AS$35,000 daripada bapanya untuk menubuhkan syarikat berkenaan.

Peruntukan yang diterima digunakan Shubham untuk membangunkan mesin cetak berasaskan Lego yang lebih canggih dan kini bekerjasama dengan Intel menghasilkan model baharu, Braigo 2.0 yang boleh menterjemah teks elektronik kepada Braille sebelum dicetak.

Pencapaian Shubham juga membolehkan dia disenaraikan sebagai usahawan paling muda yang memperoleh modal niaga pada Sidang Kemuncak Modal Intel 2014. 

Sumber : mStar Online

0 comments :

Post a Comment