Thursday 22 January 2015

Insya Allah Saya Ok, Pesan Zamani Kepada Semua

zamani


Simple tetapi cukup menyentuh perasaan. Pengurus Zamani iaitu Johan Aziz telah berkesempatan menemui bekas penyanyi kumpulan Slam itu. Zamani menyampaikan salamnya kepada semua dan berkata dirinya ‘ok’.
Sedih juga membaca kata-kata yang diluahkan. Walaupun hanya sepatah dua. Iyerlah, Zamani dulu punyalah gemilang. Kini duduk dalam lokap angkara dadah. Memang betullah kata orang dadah itu berbahaya.

Apa pun, dadah memang berbahaya dan merosakkan minda seseorang. Tak kiralah penyanyi ke, pelakon ke, selebriti ke. Kalau dah main dadah, memang sukar untuk lepaskan. Gian dia lain macam. Badan pun leh jadi kurus kering tinggal rangka. 

Semoga Zamani akan insaf selepas apa yang berlaku ini. Masa depan terletak di tangan anda. Boleh tukar lagi jika ada kemahuan. Ramai peminat yang mendoakan kebahagiaan anda. Tak gitu? Jom sama-sama kita berusaha buat yang terbaik. Amin.

2 comments :

  1. Nie lagi satu Video Yang VIRAL..

    IKAN DUYUNG LELAKI yang ditemui semasa Banjir..
    Jom Tengok

    https://www.youtube.com/watch?v=rr7DATja_I4&list=UUPRFug68G3AUnPkVAWV8MMA&index=9

    ReplyDelete
  2. Gembiranya bila zamani kata dia okay dan minta maaf apa yg berlaku.. Zamani anda harus kuat semangat untuk melawan dan kembali pada kehidupan tanpa dadah... Hanya kamu yg dpt menolong diri kamu.. Zamani sayangi keluarga sayangi peminat yg senantiasa mahu melihat kejayaan demi kejayaan..... Suara anda bagai sebutir bintang yg bercahaya... Sgt merdu.... Hargai lh ia...

    ReplyDelete